Jumaat, 27 Mac 2009

FOREX: gagal dan terus gagal. KENAPA???

Assalamualaikum

TUJUAN TRADE

Saya disini bukan ingin berkongsi analisis atau sistem untuk "Profit" kerana saya yakin anda semua telah mempunyai sistem sendiri."Thread" ini sengaja saya buka untuk kita semua berkongsi pengalaman supaya dapat dijadikan rujukan dan teladan kepada Trader2 yang baru ingin menceburi "FOREX" yang berbahaya ini kerana saya lihat semakin ramai yang menceburi pasaran "forex" dari hari ke hari.Harapan saya ialah semoga semua Trader2 baru tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh "Traders" sebelum ini.Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman Trading untuk mana2 agensi, dan tidak mempunyai sijil atau kelayakkan untuk memberi anda nasihat dan teladan (saya cuma trading personal).tapi anda boleh ambil sedikit sebanyak apa yang anda rasa dapat membantu dalam 'trading' anda kerana kerugian yang besar dan berterusan yang pernah saya alami suatu ketika dulu saya rasa cukup untuk saya memberi sedikit pandangan dari sudut pandangan saya.Saya juga ingin meminta maaf kepada "Trader"2 otai jikalau apa yang saya paparkan dibawah bercanggah dengan pandangan anda..saya sekadar berkongsi pengalaman secara ikhlas.jikalau silap, tersalah pendapat..kita boleh
berbincang. Saya percaya masing2 mempunyai cara dan pendapat tersendiri menghasilkan profit dalam 'Trading'. Semoga kita semua berjaya kekal lama dan mengaut sedikit demi sedikit keuntungan dalam Pasaran "Forex". Old Trader yang lain bolehlah berkongsi pengalaman pahit manis perjalanan menjadi "Trader" di thread ini.

DUGAAN

Apa yang saya pelajari ialah Yakin tanpa Disiplin dan Peraturan sama sekali tidak bermakna. ( Yakin tak bertempat,Tahu tapi sebenarnya tak tahu )

Semenjak itu,saya mengenal pasti punca punca kerugian saya walaupun berulangkali saya depo.. hasilnya tetap Rugi!.Saya hampir putus asa..sukar untuk menerima kenyataan..tapi,itu lah hakikatnya..Sehinggalah saya perpegang pada peraturan dan disiplin diri sekaligus mengubah tangapan saya tentang "Forex".

Sehingga ke hari ini hasilnya sangat memuaskan.Keyakinan yang muncul apabila kita berpegang teguh pada PERATURAN dan DISIPLIN ini lah yang kita perlu cari.bukanlah keyakinan tanpa DISIPLIN dan PERATURAN.Setelah memalui derita dan dugaan ini saya amat bersyukur kerana tidak putus asa dan sentiasa bersabar untuk memahami apa yang saya pahami.

Untuk menang dalam "Trading",Tidak dinafikan banyak perkara penting yang perlu ada tahu tentang "FOREX".Sesuatu yang "BIG PLAYER" percaya kerana mereka mengunakannya dari dahulu lagi dan BERJAYA! Kebanyakkan perkara penting itu memang kita semua sudah tahu cuma kita tidak sedar yang sebenarnya kita tidak tahu.

KEPUASAN dan NIKMAT SEBENAR akan ada capai dalam trading apabilla tiba di satu tahap anda akan trading dengan perasaan yang sangat tenang, selesa dan sentiasa mendapat profit di mana2 pair dan timeframe tanpa rasa risau tentang apa yang dirisau kan oleh kebanyakkan malah yakin dengan setiap post yang diambil..ITU LAH REAL TRADER "Trader" kerana bagi anda,tidak wujud risiko kerana anda tahu apa yang anda lakukan.Anda akan tersengeh kerana tidak menyangka "Trading Forex" begitu simple dan menyeronokkan! dan bukanlah sukar, berisiko tinggi, memeningkan kepala atau menyakitkan anda seperti ketika anda loss dahulu.

Anda harus mengubah TAHAP PEMIKIRAN ANDA barulah anda dapat menguasai PERATURAN dan DISIPLIN. "Saya dibayar oleh market untuk trading,Jadi saya harus menghormatinya market.Kalau saya tidak menghormati market..kenapa saya salahkan market kerana tidak membayar saya?" seperti perniagaan makanan..Customers always right!Jika anda tidak mempunyai service yang cekap dan tidak mempunyai adat hormat pada pelanggan..malah masakan yang tidak sedap dan memaksa pelanggan untuk memesan itu dan ini..Adakah anda rasa pelanggan akan datang lagi untuk makan dan membayar??mungkin untuk kali pertama itu sahaja pelanggan akan membayar. berkemungkinan besar tidak akan membayarnya..It` Pays for nothing.Jika Anda berikan service yang mantap,walaupun makanan kurang sedap.tetapi pelanggan akan senang hati untuk datang lagi. Begitu juga dalam trading! "MARKET" Always right! anda haruslah menghormati dan melayan kerenahnya serta sabar dalam mengikut kemahuan nya! jika ia ingin turun..Ia akan turun! jika ia ingin naik, Ia akan Naik! Jadi..HORMATlah market disamping Ia membayar.."MARKET" mungkin akan menerima bonus untuk service yang memuaskan .Sama juga seperti pelanggan yang memberi tip atas layanan yang memuaskan.

SEKIAN WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KUMUNITI MELAYU-FOREXS

Info dan Panduan bagaimana Senang dan Mudah Membuka Akaun Forex di platform InstaForex. Deposit dan withdraw(minimum 10usd) yang rendah dan cepat. Leverage serendah 1:1000. boleh trade modal serendah 10usd.Panduan untuk trader forex dari Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapore.