Selasa, 31 Mac 2009

PSIKOLOGI TRADING

Tujuan aku membuka tajuk ini ialah untuk membincangkan tentang psikologi trading - satu topik yang jarang-jarang dibincangkan d , apatah lagi di dalam kelas-kelas forex.

Kita selalu mendengar dan membaca macim-macim seperti "jangan tamak", "trade dengan disiplin", dan lain-lain lagi, seolah-olah perkara-perkara tersebut semudah yang dikata.

Apa kata korang jawab soalan aku: Kenapa korang trade forex? Why?

kalau korang layari internet, sebab-sebab yang diberi:

  1. No commissions.
  2. No middlemen.
  3. No fixed lot size.
  4. Low transaction costs.
  5. A 24-hour market.
  6. No one can corner the market.
  7. Leverage.
  8. High Liquidity.
  9. Free “Demo” Accounts, News, Charts, and Analysis.
  10. “Mini” and “Micro” Trading

Bagi aku itu hanyalah kelebihan forex. Tapi kenapa, dalam banyak-banyak cara untuk membuat duit, korang pilih forex?

Tujuan diajukan soalan kenapa kerana nak tahu apa tujuan sebenar kita trade forex.

apabila kita ada tujuan, baru kita dapat discover, bagaimana untuk pergi ke arah yang kita tuju. contohnya, aku ada buat kelas forex kat Bandar X, bila orang tanya, kenapa ke Bandar X, tujuan aku untuk mengajar. Jadi aku perlu pergi ke sana, bagaimana nak ke sana? macam-macam cara - plane, train, bus, basikal, kereta, atau jalan kaki? - ada banyak cara untuk mencapai tujuan sebenar.

Berbalik kepada forex. kenapa anda trade forex? sebab-sebab yang biasa kita dengar, nak cari duit tambahan, dan yang lebih optimistik, nak menjadi jutawan.

Bagaimana? ada yang kata pakai EA, pakai teknik ni, pakai teknik tu, strategi ni, strategi tu, masuk kelas ni, masuk kelas tu, dan lain-lain lagi. walau apa pun yang kita buat, asalkan perkara itu boleh membantu kita mencapai tujuan kita, kita berada di jalan yang lurus, maksud aku jalan yang betul la

Lain trader lain tujuan, jadi lain teknik, money management dan strategi yang digunapakai. forex ni adalah subjektif dan masing-masing mempunyai perspektif yang tersendiri.


Satu daripada perasaan yang kita alami ketika kita trading ialah perasaan tamak. Rasa tamak ni memang sebahagian daripada diri kita. Kalau dah dapat satu, nak satu lagi.

Sebab tu dalam pepatah Melayu ada berkata, "Dah dapat peha, nak betis." Maknanya perasaan tamak ni memang ada dalam diri kita.

Bagaimana nak mengatasi? Cara aku mudah:
1. Rasa bersyukur - pastikan apabila kita trade, kita ada target kita.

Contoh:


Perbelanjaan mingguan aku ialah antara RM 300 - RM 500 (RM 1200 - RM 2000), macam orang dah bekerja, walaupun aku hanya seorang law student. Jadi target mingguan aku bila trade forex, dalam lingkungan USD 100 - USD 200.

Aku tak nak meletakkan dalam fikiran aku, aku nak jadi kaya, aku nak RM 1,000,000, Lebih baik fokus pada kehidupan sekarang berbanding kehidupan masa depan.

Contoh, orang yang bekerja dengan kerajaan, apabila sampai satu masa akan menerima pencen, apabila mereka bersara - Adakah apabila mereka bersara nanti mereka dapat menikmati pencen mereka sepenuhnya? Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin mereka sakit, jadi terpaksa gunakan duit pencen untuk membeli ubat dan bayaran rawatan. Terpaksalah batalkan rancangan nak melancong ke sana ke sini.

Sama juga seperti trade forex, letakkan kepentingan jangka pendek pada yang teratas sekali. Kalau kita tak survive dalam jangka masa pendek, maknanya kita takkan sampai ke destinasi kita dalam jangka masa panjang.

Berbalik kepada topik, mungkin aku tak mempunyai RM 1,000,000 dalam tangan, tetapi, sekurang-kurangnya, keperluan perbelanjaan aku cukup, ada duit untuk berbelanja itu ini. Pendek kata, tiada cash (RM 1,000,000), tetapi, mempunyai barangan atau mendapat perkhidmatan yang jumlahnya, dalam diam, sudahpun mencapai nilai tersebut.

Kenapa kita cari duit? Untuk berbelanja, jadi kenapa mesti simpan dalam bentuk tunai?

Aku dah tersilap dalam susunan psikologi neh he he he.. actually bukan ada greed and fear jer, ada lagi satu, ignorance.

Ignorance = jahil, tak tahu tapi buat macam tahu, tahu diri tu tak tahu, tapi tak mahu belajar @ bodoh sombong

Greed = tamak, lebih baik untung sikit daripada rugi terus

Fear = takut, takut pada market, takut loss. tapi ada satu kebaikan pasal perasaan ni, sebab bila takut selalunya tak jadi trade. itu lebih baik daripada main trade membabi buta. at least duit tu tak ke mana-mana

that's all for the time being, i'll update late

WASSALAM

2 ulasan:

  1. salam (?) heheeh bagi betis nak peha bang...emmm

    agree wit u...susah gak foREX nehh

    BalasPadam
  2. heheeh...dapat betis nak peha bang...emmm

    BalasPadam

KUMUNITI MELAYU-FOREXS

Info dan Panduan bagaimana Senang dan Mudah Membuka Akaun Forex di platform InstaForex. Deposit dan withdraw(minimum 10usd) yang rendah dan cepat. Leverage serendah 1:1000. boleh trade modal serendah 10usd.Panduan untuk trader forex dari Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapore.